Sunday, 24 February 2013

KENALI TOKOH-TOKOH PENTERJEMAH DUNIA



Sama-samalah kita mengenali tokoh-tokoh penterjemah tersebut 

TOKOH PERINTIS PENTERJEMAHAN AL-QURAN 

Salman Al-Farisi, sahabat Rasulullah SAW merupakan orang pertama kali menterjemahkan kitab suci al-Quran ke dalam bahasa lain. Dalam sejarah disebutkan, beliau menterjemahkan surah al-Fatihah secara lisan ke dalam bahasa Parsi atas permintaan orang-orang Muslim Parsi. Namun terjemahan al-Farisi ini belum mencakupi keseluruhan surah dalam al-Quran, hanya surah al-Fatihah.


Di antara tokoh-tokoh yang berusaha menterjemahkan al-Quran adalah seperti berikut. Usaha mereka ini telah membuka mata, khususnya kepada dunia Barat tentang mukjizat al-Quran yang diturunkan Allah SWT kepada umat manusia. 

• Petrus Agung (1092-1156 M) : Ketua gereja Cluny, Perancis adalah tokoh Barat yang pertama kali berusaha menterjemahkan al-Quran. Dengan bantuan seorang teologi abad pertengahan berbangsa Inggeris, Robert Ketenesis (1110-1160), dan muridnya Hermannus Dalmatin (1110-1160), beliau menterjemahkan teks al-Quran ke dalam bahasa Latin yang diberi judul Lex Mahumet Pseudoprophete pada tahun 1143 masihi. 

• Louis Maracci (1612-1700 M) : Seterusnya terjemahan al-Quran berbahasa Latin yang paling masyhur dan banyak menjadi rujukan adalah milik Louis Maracci, seorang berbangsa Itali. Terjemahan al-Quran karya Maracci ini disertakan teks Arab dan ulasan panjang yang berisi penolakan terhadap Islam. 

• Andre du Ryer (1580-1660 M) : Orientalis berbangsa Perancis ini merupakan tokoh yang pertama kali membuat terjemahan al-Quran berbahasa Perancis. Beliau menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Perancis langsung daripada teks aslinya berbahasa Arab. Pengalamannya tinggal lama di Istanbul, Turki dan Mesir membuatnya menguasai bahasa Arab dengan baik. Karyanya ini diberi judul L’Alcoran de Mahomet. 

• Salomon Schweigger (1551-1622 M) : Beliau pendeta gereja Noremberg adalah orang pertama kali melakukan penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Jerman. Beliau menterjemahkan al-Quran tersebut daripada sebuah terjemahan al-Quran berbahasa Itali. Terjemahan karya Schweigger ini diberi berjudul Alcoranus Mahometicus. 

• Andrea Arrivabene (1534-1570 M) : Versi terjemahan al-Quran dalam bahasa Itali pertama kali dibuat oleh Andrea Arrivabene. Karya terjemahan yang diberi judul L’Acorano di Macometto merupakan hasil penterjemahan karya Petrus Agung. 

• Hendrrik Jan Glasemaker : Beliau merupakan orang pertama yang diketahui membuat terjemahan al-Quran dalam bahasa Belanda. Beliau menterjemahkan al-Quran bersumberkan pada sebuah terjemahan al-Quran versi bahasa Perancis. Terjemahan ini diberi judul Mahomets AlKoran. 

• Alexander Ross (1590-1654 M) : Beliau adalah orang yang pertama kali menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris. Al-Quran terjemahan Ross ini dibuat pada tahun 1649 dengan mengadaptasinya daripada terjemahan al-Quran berbahasa Perancis, L’Alcoran de Mahomet. 

TOKOH PENTERJEMAH DI ASIA 1

      Mari kita mengenal tokoh penterjemah al-Quran di Asia khususnya Jepun
Mungkin ada di kalangan kita belum mengetahuai tentang tokoh ini, ayuh kita baca dan memahami serta meningkatkan pengetahuan kita tentang tokoh penterjemah ini.


Tokoh penterjemah Al-Quran ke Bahasa Jepun


Imam Shūmei Okawa Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.
Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.
Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.




Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.

Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.

Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.

Beliau telah dituduhkan sebagai seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal.

Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama.

Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.

LATIHAN 3 anugerah Langit



عطاء السماء
وقف الفلاح على طرف حقله, يرنو الى سنابل القمح . وهي تميل وتلمع , كأمواج من ذهب , فانتشى إعجابا بنفسه, وقال :
لو لا كفي الخشنتان, لما كان هذالقمح الوافر.
فابتسمت السماء فى العلاء..
قالت إحدى السنابل:
نحن أولى بالفضل, كنا حبوبا يابسة, مدفونة فى التراب, وصرنا ننمو, شيئا فشيئا , حتى كبرنا, وأنبتت كل حبة , سنبلة فيها مئة حبة
وابتسمت السماء فى العلاء..
قالت الأرض :
أنا صاحبة الفضل , احتضنت البذور صغيرة,
وأرضعتها حتى صارت كبيرة , فلو لا ترابي , لما نبت قمح , و لا شبع فلاح
وابتسمت السماء فى العلاء..
وجاء السنة التالية , شديدة مجدبة, فانقطع المطر, و اشتد الحر, وانتشر الجفاف, .. حزنت الأرض القاحلة , ويبست شفاهها الظامئة..
حزنت البذور , فى ظلمة التراب , وخافت أن تموت أحلامها , و لا ترى النور.
حزن الفلاح على جهده الضائع, وأشفق عياله البائسيىن.
وحزنت السماء الرحيمة على الجميع, فأرسلت الى الأرض , سحبا سخية, تحمل الأمطار و الأفراح.

TERJEMAH BAHASA ARAB KE BAHASA MELAYU
Anugerah Langit

Seorang petani berhenti di ladangnya, merenung pada tangkai gandum, ia condong dan bersinar, seperti ombak daripada emas, dan dia berasa ta´jub dengan dirinya dan dia berkata:
Kalaulah bukan kerana tanganku yang kerasini, tak kan gandum ini terlalu banyak!
Maka langit tersenyum dari atas……..
Berkata salah satu batang gandum:
Kami lebih berhak mendapat pujian tu, kami bijirin yang kering, tertanam di dalam tanah, maka kami serap makan, kami tembusi tanah itu maka tumbuh kami sikit- sikit sehingga besar dan tumbuh setiap rumpun, setiap tangkai tumbuh seratus biji.
Maka langit tersenyum dari atas……..
Maka berkatalah bumi……
Aku yang lebih, aku menjaga biji- biji ni semenjak kecil lagi, aku beri makan sampai besar, kalau bukan tanah , takkan ia tumbuh, petani takkan dapat hasil
Maka langit tersenyum dari atas……..
Dan sampai tahun seterusnya, tanah menjadi gersang, berlaku kemarau, dan panas terik, dan kering- kontang….bumi sedih dengan kekeringan, bibir dahaga ikut merekah, biji pun turut sedih, pada kemusnahan tanah, dan dia takut akan mimpi indah akan mati dan tiada lagi sinaran cahaya.
Petani sedih atas usahanya selama ini hilang begitu saja dan dia berasa belas kasihan terhadap anak- anaknya.
Dan langit berasa belas kasihan keatas semuanya,,maka ia utuskannya kepada bumi, awan yang dermawan , hujan turun dan gembiralah